Wednesday, June 30, 2010

Muzium Padi

MUZIUM PADI


Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Ia juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina.

Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia.

Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.

Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

Waktu Operasi : 9:00 pagi - 5:00 petang (setiap hari)

RM 3 untuk dewasa dan RM 2 untuk kamera.



Cara untuk ke Muzium Padi

Sekiranya anda memandu sendiri: Dari bandar Alor Setar melalui jalan Sultanah kemudian membelok masuk ke jalan Suka Menanti. Apabila sampai di persimpangan ( simpang tiga) membelok ke kiri dan jalan terus sehingga anda jumpa papan tanda di sebelah kanan yang menunjukkan arah Muzium Padi (lebih kurang 4 - 5 kilometer).

Penganggkutan awam : Lebih mudah sekiranya menyewa teksi kerana tiada pengangkutan awam seperti bas yang melalui muzium.

Tip: Muzium Padi terletak bersebelahan dengan Gunung Keriang . Dari jauh tanya orang yang mana satu Gunung Keriang ( di sesetengah tempat Gunung Keriang boleh dilihat dari jarak 20 kilometer).

Talian Untuk Dihubungi

Hubungi Muzium Padi di talian +604 735 1315

atau Lembaga Muzium Negeri Kedah di talian +604- 733 1162.

Anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian +604-731 2322 / 730 1322 atau

Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di talian +604-9222 078.

No comments:

Post a Comment