Wednesday, June 30, 2010

Menara Alor Star

Menara Alor Star




Menara Alor Star ini adalah menara telekomunikasi ke- 19 tertinggi di dunia. Ia merupakan sebuah mercu tanda baru ke arah pembangunan pesat di negeri Kedah. Menara Alor Star merupakan menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Star, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.

Selain menjadi sebuah menara telekomunikasi, pelancong dan pengunjung juga digalakkan berkunjung ke menara ini. Anda boleh menaiki menara ini dan melihat kawasan di sekitar bandar Alor Star.

Lapangan pemerhatian berada pada ketinggian 88 kaki dari tapak menara. Kawasan pemerhatian menara ini juga luas dan selesa untuk kemudahan pengunjung ke sini. Menara ini turut menempatkan sebuah restoran dan kedai cenderamata.

Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam (bulan Ramadhan dan sebagainya).

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur.



Talian Untuk Dihubungi



Untuk maklumat lanjut, hubungi

pejabat Menara Alor Star di:

+604-7202234/2075.



Anda juga boleh menghubungi

Pejabat Tourism Malaysia Kedah di:

+604-731 2322 / 730 1322

No comments:

Post a Comment